E-SUKAN
MSC 2024: Homebois layak ke acara utama!
Selepas sahaja kemenangan Homebois kepada jaguh Peru, Entity7, pada aksi perlawanan silang saingan Wildcard menyaksikan mereka layak ke saingan utama MLBB MSC 2024.
Sebelum berjumpa Entity7, Homebois cemerlang dengan muncul pendahulu kumpulan B selepas menewaskan pasukan Trained to Kill, IHC Esports & Brute Force tanpa sebarang kekalahan.
Kejayaan itu sekaligus meletakkan mereka dalam kumpulan C saingan utama yang akan bermula 3 julai nanti.
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Manakala satu lagi wakil Malaysia, Selangor Red Giants duduk di kumpulan B bersama-sama gergasi Indonesia, Fnatic ONIC.
Kepada semua peminat e-sukan tanah air, kami akan bawakan kepada anda saingan MLBB MSC 2024 secara langsung di Astro Arena.