MSBK umum kalendar perlumbaan 2025
Muzaffar Musa
Januari 17, 2025 16:22 MYT
Januari 17, 2025 16:22 MYT
Musim 2025 Kejohanan Superbike Malaysia (MSBK) akan bermula pada Mei depan dengan kalendar empat pusingan.
Usahasama di antara Litar Antarabangsa PETRONAS Sepang (PETRONAS SIC) dan Two Wheels Motor Racing Sdn. Bhd. (TWMR) akan meneruskan usaha untuk mengubah secara progresif dan meningkatkan standard kejohanan perlumbaan motosikal itu secara profesional dan penuh komtikem.
Pengarah Promosi TWMR, Ron Hogg, berkata: "Tahun 2024 merupakan musim yang agak rumit bagi kami, terutama dengan penyertaan kira-kira 15 negara yang menjadikannya jumlah terbesar negara yang menyertai kejohanan itu sejak penubuhannya.
"Di samping itu, kami turut memperkenalkan satu siri baru, iaitu Yamaha R15M Race Elite, untuk musim penuh bermula dari pusingan kedua dan pengajuran one-off semusim Ducati China Panigale Cup dalam pusingan ketiga 3.
"Ini adalah fasa yang mengujakan bagi kami dan juga satu pencapaian besar yang saya percaya akan membantu mempercepatkan lagi kemajuan kejuaraan ini di peringkat global daripada segi pengiktirafan dan senarai penyertaan.
"Selain itu, saya juga yakin ia telah memberikan satu pengalaman berbeza untuk pelumba kami, yang amat diperlukan untuk menambah nilai, terutama dalam memperoleh pengalaman yang menyeluruh.
"Melangkah ke hadapan, matlamat kami kekal dalam usaha kami untuk meluaskan jangkauan. Kami mahu melihat senarai penyertaan yang lebih pelbagai dan seterusnya menjadi medan ujian untuk pelumba profesional, kami berharap kejuaraan itu juga akan terus merangsang minat dan menjadi platform motivasi untuk pelumba yang bercita-cita tinggi dalam sukan permotoran dalam memenuhi keperluan pasukan dan penunggang kami sambil mengekalkan watak unik kami untuk kemajuan berterusan dengan kepentingan terbaik untuk berkhidmat kepada industri dan masyarakat secara keseluruhannya. Musim 2025 akan menjadi musim yang hebat!" katanya.
Kalendar MSBK 2025: