Skip to main content

Sukan Lain

Mr. Asia: Syarul Azman raih gelaran kelima

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mike-mahen.jpg
Pengorbanan jaguh bina badan negara, Syarul Azman Mahen Abdullah, untuk mengeluarkan perbelanjaan sendiri berjumlah RM15,000 sebagai persediaan menjelang Kejohanan Mr. Asia di Batam, Indonesia berbaloi apabila dia menjuarai kategori fizikal badan bawah 170sm.

Ia menyaksikan atlet berusia 46 tahun itu meraih gelaran Asia kelima dengan menewaskan pencabar dari negara-negara Arab

"Saya gembira kerana dapat memenangi lagi kategori saya dalam Mr. Asia.

"Jadi, saya ucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dalam pasukan yang banyak membantu saya.

"Saya amat gembira kerana menjuarainya buat kali kelima berturut-turut," katanya

Turut mencuri tumpuan ialah seorang lagi atlet negara, Faiz Ariffin, yang menjuarai kategori fizikal badan atas 175sm.
 

Advertisement

Must Watch Video