Majlis Paralimpik Malaysia (MPM) yang diterajui oleh Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharuddin bakal berdepan kesukaran ekoran tidak mendapat dana khusus daripada kerajaan bagi menggerakkan badan induk terutamanya keperluan serta penyediaan atlet para negara.

Menjelang Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) 14 Disember depan, ahli gabungan MPM turut menyuarakan kebimbangan terhadap perkara tersebut selepas mengambil kira kos yang melibatkan perjalanan setiap atlet.

"Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) tidak mengumumkan apa-apa dalam pembentangan Belanjawan 2025 bulan lalu, maknanya dia (Megat Shahriman) telah gagal sebagai presiden MPM.




"Jika berjaya, ia dapat membantu setiap persatuan atau pasukan di bawah naugan MPM menerusi kewangan RM15 juta itu tetapi dia tidak mampu dan telah gagal.

Sebagai rekod, Megat sudah memimpin MPM sejak 2019. AGM kali ini juga bakal menyaksikan pemilihan jawatankuasa yang baru bagi penggal berikutnya.



Wartawan Astro Arena, Zaki Zainal, cuba mendapatkan reaksi Megat Shahriman, namun gagal.