Skip to main content

E-Sukan

MPLMY: Yums kembali ke Tanah Keramat menentang Todak

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

srg.jpg
Minggu ketiga saingan Liga Profesional Mobile Legends Bang-Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 bakal menyaksikan pertarungan di antara SRG.OG dan Todak di tanah keramat, Stadium Juara.

'Roamer' SRG.OG, Muhammad Suhairi atau lebih dikenali sebagai Yums, pernah menjuarai saingan MPLMY musim ke-11 di Stadium Juara bersama pasukan lamanya Todak. Todak ketika itu berjaya raih kejuaraan ke atas Team SMG di Grand Final dengan mencatatkan kemenangan bersih 4-0.

Namun, pada MPLMY musim ke-13, Yums bersama Selangor Red Giants  dan berjaya raih kejuaraan pertama SRG di Liga Profesional tertinggi Malaysia itu. Yums bersama SRG juga telah pamer dominasi di dunia E-Sukan selepas berjaya meraih kejuaraan buat musim ke-14 dan menjadi pasukan Malaysia pertama meraih kejuaraan di Kejohanan Mid Season Cup 2024 di Riyadh.

Adakah Yums akan menjadi senjata utama untuk melemahkan pasukan lamanya atau Todak akan bangkit selepas kemenangan dua kali berturut-turut pada minggu lalu?

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video