E-SUKAN
MPLMY: Yoodo Red Giants sedia beri tentangan sengit
Menjelang saingan Liga Profesional Mobile Legends MPLMY yang akan membuka tirai bulan depan, pasukan Yoodo Red Giants kini sudah siap sedia sepenuhnya untuk menghadirkan tentangan sengit kepada sembilan pasukan pencabar lain bagi merebut gelaran juara musim ke-12.
Jelas jurulatih Yoodo Red Giants, Ozoraveki, penampilan kedua pasukannya di kempen MPLMY musim ini tampak lebih sempurna ditambah pula dengan kehadiran dua tonggak import dari Filipina iaitu, Super Red dan Pancake.
Ozoraveki percaya, tidak mustahil untuk pasukannya mencipta kejutan muncul juara meskipun menyedari mereka perlu berdepan pasukan pilihan seperti juara bertahan, Todak serta Team Secret.
Iklan
Untuk rekod, di penampilan sulung MPLYMY musim lalu, Yoodo Red Giants menamatkan saingan di kedudukan keempat bagi saingan di regular session.
Sementara itu bagi kapten pasukan, Gojes, yang menganggap sasaran untuk bergelar juara adalah realistik berdasarkan kekuatan pasukan musim ini.
Gojes menaruh kepercayaan penuh kepada kemampuan rakan sepasukannya dalam usaha memastikan mereka muncul antara pasukan yang perlu diberikan perhatian.
Gojes muncul antara watak penting pasukan musim lalu apabila dia dinobatkan sebagai 'Rookie of The Season'.
Must-Watch Video