Skip to main content

E-Sukan

MPLMY: Xorn pimpin bacaan doa buat Allahyarham Tun Abdullah

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xorn.jpg
Muhammad Zul Hisham ataupun lebih dikenali sebagai Xorn telah memimpin bacaan doa Al-Fatihah buat Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi sebelum bersaing dalam perlawanan pembukaan menentang SRG.OG.

Xorn yang merupakan 'roamer' buat pasukan Team Vamos menyeru semua penonton yang hadir menyaksikan saingan hari pertama minggu pertama, hari pertama, perlawanan pertama Liga Profesional Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MPLMY) Musim Ke-15 agar menyedekahkan Al-Fatihah buat bekas perdana menteri Malaysia yang telah kembali ke negeri abadi pada Selasa lalu.

 

Aksi pertama musim ini menyaksikan Team Vamos tewas kepada seteru utama, SRG.OG, di Stadium Juara. 

Selepas ini, juara Piala E-Sports Malaysia itu bakal mengharungi cabaran menentang Team Rey pada esok hari, jam 5.30 petang.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video