Pasukan Todak melalui kenyataan rasmi hari ini mengutuk sekeras-kerasnya tindakan yang tidak profesional dan sebarang vandalisme yang melibatkan gambar pemainnya diconteng serta dibakar dalam saingan minggu ketiga kejohanan MPLMY di Stadium MBPJ Serdang Jaya, minggu lalu.
Dengan saingan MPL musim 13 yang sedang hangat kini pasukan itu menyeru agar semua pihak mengekalkan prinsip profesionalisme serta menghormati semua aspek kehidupan agar saingan itu akan terus berlangsung dengan lebih sihat.
Perlawanan MPLMY S13 minggu lalu menyaksikan pasukan Todak tewas kepada pasukan Bountee Esports dalam saingan hari kedua, manakala berjaya melakar kemenangan 2-0 pada hari ketiga berdepan Team HAQ.
Saufi Tahir
Thu Apr 25 2024