Pasca MSC 2025 memperlihatkan pasukan-pasukan yang bakal bersaing pada MPL-MY Musim ke-16 sedang giat memperkuat pasukan masing-masing.
Juara MPL 3 kali, Todak antara yang terawal menyusun strategi bagi mengharungi cabaran musim depan. Musim lalu Todak menduduki tempat ke-7 secara keseluruhan sekaligus pencapaian terburuk sepanjang beraksi di liga professional tersebut.
Kini Todak mendatangkan 4 wakil dari Indonesia yang terdiri daripada 2 pemain dan 2 barisan kejurulatihan. Yang menariknya lagi, mereka datang dari satu pasukan sama iaitu Alter Ego yang menduduki tempat ke-4 musim ke-15.
Antara nama yang bakal memperkuat pasukan Todak adalah:
• DreamS (Roamer)
• Fawndeer (EXP Laner)
• Coach Nafari (Ketua Jurulatih)
• Coach Devkoch (Penganalisis)
Satu langkah drastik dilakukan oleh pasukan Todak demi mengembalikan kegemilangan pasukan untuk terus menjadi antara pasukan terbaik yang bertapak di Malaysia.
Todak juga membariskan pemain seperti Zahyed, Zaimsempoi, Wanzyy dan Lolealz untuk memantapkan lagi barisan pemain pasukan itu bagi mengharungi cabaran MPL-MY musim ke-16.