Minggu pertama, hari pertama, perlawanan pertama Liga Profesional Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MPLMY) Musim Ke-15 menyaksikan SRG.OG tampil garang selepas berjaya membelasah seteru utama, Team Vamos, dalam perlawanan straight set.
Dalam pada itu, 'Gold Laner' pasukan SRG.OG, Innocent, mempamerkan aksi cemerlang selepas berjaya mencatat 'savage' pertama dalam saingan MPLMY kali ini menerusi hero 'Beatrix' dalam pertarungan pertama bagi membantu pasukan raih mata pertama.
Mempertaruhkan hero 'Meta' seperti Beatrix dan Harith, Innocent secara tidak langsung merangkul gelaran Pemain Paling Bernilai (MVP) dalam perlawanan pembukaan musim ini. Innocent telah mencatat sebanyak 16 'kills', enam 'assist' dan hanya merekodkan satu kematian sepanjang aksi.
Kemanangan SRG.OG di ini sudah tentu menambah tonik buat pasukan dan melaungkan amaran awal buat pasukan-pasukan lain untuk mempertahankan gelaran sebagai pasukan gergasi di Malaysia dan merebut slot ke kejohanan dunia M7.
Aksi seterusnya akan menyaksikan SRG.OG menentang DX Soul pada 25 April dan Team Vamos akan bertemu Team Rey pada esok hari jam 5.30 petang.
Mampukah Team Vamos menebus maruah mereka di aksi kedua?

Perlawanan pembukaan MPL MY Season 15 jadi milik SRG!!
— MPL Malaysia (@mplmyofficial) April 19, 2025
Selangor Red Giants OG Esports (SRG) telah menumpaskan Team Vamos (VMS) dengan kemenangan bersih 2-0. pic.twitter.com/afTerQs4KK