Skip to main content

E-Sukan

MPLMY: "Selamat tinggal Malaysia, saya akan rindu Malaysia...."

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

whatsapp-image-2025-08-06-at-12-35-56-pm.jpeg
Bekas Goldlaner Team Vamos, Kenneth Barro atau lebih dikenali sebagai Nets, mengumumkan perpisahan bersama Team Vamos selepas dua musim bersama.

Dalam satu hantaran di media sosial rasmi milik pasukan itu mengucapkan selamat jalan buat goldlaner itu selepas cemerlang membantu Team Vamos raih naib juara Liga Profesional Malaysia (MPLMY) musim ke-14.

"Saya sudah berada di Filipina dan saya juga punyai pasukan baru di sini.

"Terima kasih kepada Vamos, saya rindu rakan ssepasukan, saya juga rindu Malaysia.

"Terima kasih juga kepada seluruh pengurusan ketika saya di sini, menjaga saya, bawa ke mana-mana" katanya di media sosial itu.

Untuk rekod, Nets, mula beraksi di MPLMY pada musim ke-13 sehingga musim ke-15.
 

Advertisement

Must Watch Video