Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S16: SRG.OG tiada masalah ke upper bracket final

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

srg.jpg
Juara tiga musim berturut-turut, Selangor Red Giants OG E-sports (SRG.OG) tidak berdepan masalah untuk menempah tempat dalam upper bracket final apabila menumbangkan Monster Vicious (MV) 3-0 hari ini.

SRG.OG berada dalam kelas tersendiri menerusi gameplay yang memukau, disamping kecemerlangan sentuhan magis Kramm dan Yumms.

Dua pemain itu dinobatkan sebagai pemain paling bernilai selepas menggmudi amukan Gergasi Merah di Land of Dawn.

Pemain import SRG.OG, Kramm, mempamerkan pengaruhnya sejak game pertama menerusi pemilihan hero yang tepat selain pakar dalam melakukan zoning, meskipun berada dalam base MV.

Yumms pula kekal bermaharajalela dalam game kedua dan ketiga, pada ketika MV buntu menahan asakan bertali arus SRG.OG di medan pertempuran.

Hasil kemaraan ke upper bracket final,SRG.OG kini hanya selangkah untuk mengesahkan slot ke Kejuaraan Dunia M7 2026.

 

Advertisement

Must Watch Video