Homebois hampir melakar kejutan menewaskan juara bertahan, Selangor Red Giants (SRG) OG Esports dalam perlawanan hari pertama, Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY) Musim ke-16 sebentar tadi.
SRG.OG tidak berdepan masalah mempamerkan dominasi total dalam Perlawanan 1 dengan EXP Laner SRG.G, KRAMM atau dikenali sebagai Mark Rusiana yang menggunakan hero Esmeralda memacu kemenangan mudah 17-5.
Masuk Perlawanan 2 menyaksikan Homebois memberikan naib juara Mid Season Cup (MSC) 2025 itu kejutan dengan kemenangan tipis 12-11 sekali gus mengheret anak buah Michael Bocado atau Arcadia ke set penentuan.
Begitupun, giliran Muhammad Suhairi yang lebih dikenali dengan Yums pula membuktikan kredibiliti pasukannya selaku juara bertahan apabla unggul 20-6 menewaskan Homebois.
Yums dinbatkan sebagai Pemain Paling Bernilai selepas memacu kemenangan 2-1 SRG.OG.