Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S16: Homebois ada resepi 'luar kotak' hadapi Monster Vicious

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hb_1.jpg
Liga ProfesionaL Mobile Legend Bang-Bang (MPLMY) musim ke-16 memasuki fasa kalah mati dengan enam pasukan memburu dua slot ke Kejuaraan Dunia M7 di Jakarta tahun depan.

Finalis MPLMY musim lalu yang mewarnai saingan Mid Season Cup 2025, Homebois mempunyai perancangan di luar kotak untuk mengetepikan cabaran Monster Vicious di peringkat 'play-in' esok.

Rekod pertemuan di saingan liga jelas memihak kepada budak 'rumah bujang' menerusi kemenangan 2-0 ke atas Monster Vicious.






Namun, cabaran berbeza menanti di 'play-in' nanti dengan format 'best of five' dimana — setiap pasukan harus meraih tiga kemenangan mandatori.

Atas faktor itu, Homebois dalam keadaan bersiap siaga bagi merangka perancangan pertempuran dengan menawarkan elemen kejutan dalam draft pemilihan hero nanti.

"Jurulatih penting untuk satukan kepakaran individu, cara kami bermain adalah daripada jurulatih." kata Gold Laner, Adam Hamidun.


 
Garmin

Lebih Dari Sekadar Jam

Jam Garmin ini bantu anda jejak setiap langkah, degupan & pencapaian dengan tepat.


Dapatkan Sekarang

Advertisement

Must Watch Video