Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S16: Hazle, Smooth perkuat pasukan Aero Esports

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hazle.jpg
Saingan Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY) Musim ke-16 bakal membuka tirai tidak lama lagi dan pasukan-pasukan bertanding sedang giat mempersiapkan barisan pemain terbaik bagi menghadapi saingan musim depan.

Pasukan 'underdog' yang menjadi duri dalam daging musim lalu, Aero Esports memasang impian sekali lagi mencipta sensasi musim depan. 

Mereka meraih tempat keempat keseluruhan musim lalu selepas tewas ditangan DX Soul Esports di saingan separuh akhir lower bracket.

Bagi musim ke-16 ini, mereka berjaya mengekalkan tonggak utama yang bergerak sebagai jungler, Muhammad Praba Balakosa atau dikenali Hazle yang sekali lagi dipinjamkan dari pasukan gergasi Indonesia, RRQ Hoshi.

 

Dengan kehadiran musim kedua Hazle ke dalam skuad Aero, mereka kini mensasarkan kedudukan tiga teratas liga, sekali gus memperbaiki pencapaian musim lalu.

"Teruja mampu berkumpul kembali bersama kawan-kawan lama. 

"Tujuan utama kami musim ini adalah ingin membalas dendam pada pasukan yang kalahkan kami musim lalu dan muncul juara jika boleh," kata Hazle kepada wartawan Astro Arena, Ainul Abd Rouf.

Aero Esports juga mendatangkan seorang lagi pemain berpengalaman di bahagian EXP Lane, Aeliff Adam atau lebih dikenali sebagai Smooth dari Team Vamos. 

Pengalaman yang luas dimiliki Smooth menjadikan dia tiada masalah untuk menyesuaikan diri bersama pasukan barunya.

"Saya tidak pandang pasukan itu besar atau kecik, bagi saya semua pasukan sama"

Tambahnya lagi:  "Aero ini bagi saya tiada tekanan. Yakin mampu perbaiki permainan bersama pasukan ini. 

"Meskipun paling tua dalam pasukan, namun tiada masalah untuk jalinkan keserasian bersama rakan sepasukan," kata Smooth.

Advertisement

Must Watch Video