Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S16: GamesMY Kelantan hampir beri Gergasi Merah kejutan

see.jpg
Saingan minggu kelima, hari ketiga Liga Profesional Mobile Legends Malaysia (MPL MY) Musim ke-16 menyaksikan GamesMY Kelantan hampir mengejurkan juara bertahan, Selangor Red Giants.OG (SRG.OG) Esports.

Perlawanan 1 yang berlangsung di Seri Putra Hall, Bukit Jalil itu bermula dengan momentum perlahan sambil kedua-dua pasukan mencari rentak permainan. 

Namun, Muhammad Haqullah lebih dikenali dengan Sekys lincah dengan penggunaan hero Lancelot -'punture' dan 'phantom execution'- yang sering kali memberikan kejutan untuk pihak lawan tewas dalam pertempuran pertama 11-7.






Begitupun, skrip Perlawanan 2 berbeza apabila GMXK berjaya mengejutkan juara liga tiga kali itu, selepas Azrul Izani memacu kebangkitan dalam minit akhir permainan untuk menang 18-14. 

Namun, SRG.OG membuktikan kredibilitinya selaku juara dunia selepas agresif dalam Perlawanan 3 sekali gus menutup perlawanan dengan kemenangan 18-1 dan 2-1 secara keseluruhannya.
Nike

NIKE 15% OFF

Beli kasut dan koleksi Nike lain sekarang, nikmati diskaun 15% eksklusif!


Klik Sini Sekarang

Advertisement

Must Watch Video