Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S16: CG Esports iringi SRG.OG ke M7

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

srg.jpg

CG Esports mengikut jejak langkah Selangor Red Giants (SRG.OG) mewakili negara ke Kejohanan Dunia Mobile Legends: Bang Bang (MLBB) M7 yang akan berlangsung di Jakarta, Indonesia, tahun hadapan.

Skuad kendalian Michael Bocado atau turut dikenali sebagai Arcadia itu menewaskan CG Esports 3-1 dalam pentas upper bracket finals di Bukit Jalil semalam.




 

Advertisement

SRG.OG bakal turun selaku naib juara Piala Dunia Esports (EWC) dan juara MPL Malaysia tiga kali berturut turut.

Dalam pada itu, kejayaan CG Esports adalah selepas bangkit menewaskan Monster Vicious 3-2 sekali gus mara ke pentas akhir.

Begitupun, dua pasukan itu bakal turun hari ini berdepan satu sama lain dalam grand final bagi merebut gelaran juara Liga Profesional Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-16.

Must Watch Video