Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S15: Xorn mahu Team Vamos-SRG pamer aksi mantap di Bukit Kiara

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

xorn.jpg
Menjelang perlawanan tumpuan pembukaan musim ke-15 Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) menyaksikan Selangor Red Giants (SRG) akan berdepan Team Vamos di Stadium Juara, Bukit Kiara, Sabtu ini.

Bayangan pertembungan epik bakal berlaku dengan pemain berpengaruh Team Vamos, Mohammad Zul Hisham Mohd Noor atau turut dikenali sebagai Xorn menjanjikan sesuatu istimewa.

Ini berikutan rekod pertemuan kedua dua pasukan itu yang memihak juara dunia itu pada musim lalu, namun dengan penambahbaikan pasukan menerusi kemasukan jurulatih baru dari Myanmar iaitu Zaya diharapkan mampu menjadi pencetus revolusi pasukan itu.

Xorn mahu badi kekalahan kepada The Red Giants itu berakhir pada minggu pertama musim baru sekali gus memulakan api perjuangan buruan kejuaraan sulung Team Vamos di pentas MPLMY musim ini.

"Jika dilihat kerancakkan kali ini lain macam memandangkan Team Vamos dan SRG antara pasukan yang banyak peminat dalam MPL, saya teruja berdepan SRG.

"Saya harap pertunjukan mantap kerana SRG pasukan digeruni dunia, kami mahu tampilkan pertunjukan mantap dan berada ditahap sama," katanya.

Mengulas lanjut pelantikkan Zaya bersama pasukan selaku pakar taktikal pertempuran, Xorn teruja dengan pengalaman dan kepakaran Zaya dalam menentukan corak permainan pasukannya musim ini.

Ini kerana bekas jurulatih RRQ Hoshi Indonesia itu memiliki rekod pencapaian antara yang terbaik di rantau Asia Tenggara.

"Boleh dikatakan Zaya banyak membantu kami, kehadirannya banyak menurunkan ilmu pada kami. Permulaan kami pada musim ini bagus, dengan momentum ini kami harap dapat bawa berdepan SRG nanti." tambahnya.

Advertisement

Must Watch Video