MPL MY
MPLMY S15: Todak ucap selamat tinggal pada Ashi
Pengakhiran sebuah era bagi juara Liga Profesional Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MPLMY) selama tiga musim, Todak, selepas pengurus mereka, Ashi, secara rasmi menamatkan perjalanannya bersama pasukan itu.
Mohd Syazlan Mohd Rosdi atau lebih dikenali sebagai Ashi telah memegang peranan itu selama tujuh tahun dan pengundurannya daripada Todak sememangnya dirasai, khususnya buat seluruh komuniti Mobile Legend Bang-Bang (MLBB) Malaysia yang mengikuti perkembangan pasukan itu sejak awal penubuhannya.
Bukan sekadar seorang pengurus, malah Ashi merupakan individu pertama yang menubuhkan pasukan Todak sehingga meningkat naik menjadi salah sebuah pasukan ternama dalam arena e-sukan negara.
Iklan
Pasukan Todak dibawah pimpinan Ashi berjaya melakar sejarah yang luar biasa apabila tiga kali muncul juara MPL serta meraih empat kejuaraan di kejohanan antarabangsa.
Lebih mengejutkan, dua figura penting dalam barisan kejurulatihan Todak, Saiful dan Kuja, juga mengikuti langkah Ashi apabila turut mengumumkan tidak akan lagi bersama pasukan itu.
Todak kini menghuni tangga ketujuh carta liga dengan 10 mata dan dijadualkan untuk menentang JP Niners di minggu terakhir 'regular season' pada 25 Mei depan sebelum bermula aksi 'playoff'.
Must-Watch Video