Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S15: Todak berjaya redah 'Lautan Hitam'

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

todak.jpg
Perlawanan terakhir minggu kedua Liga Profesional Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 menyaksikan pasukan Todak melakar kemenangan bersih 2-0 ke atas Ocean Black, di Stadium Juara, Bukit Kiara, minggu lalu.

Permainan yang lebih ampuh ditampilkan pasukan Todak nyata membuat OB kucar kacir dan gagal mempertahankan kubu mereka.

Todak berjaya cetak kemenangan bagi kedua-dua permainan dibawah 15 minit. Gold laner Todak, Syhinnn yang membawa hero Karrie bagi perlawanan ini cemerlang dengan mengeluarkan damage tertinggi untuk perlawanan ini.

 
Todak kini menduduki kedudukan ktiga liga selepas mencetak dua kemenangan dalam tiga perlawanan. Manakala, Ocean Black masih gagal untuk mencipta sebarang kemenangan yang kini menduduki tempat ke-10 dengan hanya 1 mata.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video