Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S15: Team Vamos pertaruh pemain berusia 16 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

error-404.jpg
Juara Piala Esports Malaysia, Team Vamos, akan mempertaruhkan pemain muda berusia 16 tahun untuk pentas terbesar Liga E-Sukan Malaysia, Mobile Legends Professional League Malaysia Musim ke-15 (MPLMY S15) yang akan membuka tirainya pada bulan ini.

Pemain berusia 16 tahun itu dikenali sebagai Error 404 dan akan berganding bahu bersama ahli pasukan Vamos yang lain, iaitu Xorn, Chibi, Smooth, Netspresko, Clawkun dan Haxzz. 

Error 404 akan menggalas tanggungjawab selaku 'jungler' Team Vamos dalam saingan musim ini.

Babak regular season edisi kali ini akan dimulakan dengan menyaksikan aksi pembukaan hangat di antara juara Piala Esports Malaysia itu bertemu juara Mid Season Cup 2024, Selangor Red Giants (SRG).

Dengan adanya pemain muda baru di Vamos, adakah kita bakal menyaksikan META baru dalam saingan kali ini? Jumpa anda semua di Land of Dawn!

 

Advertisement

Must Watch Video