MPL MY
MPLMY S15: SRG.OG tumbangkan Homebois di Bukit Kiara
Saingan hari kedua di minggu kelima Liga Profesional Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MPLYMY) musim ke-15 menyaksikan Selangor Red Giants, OG Esport (SRG.OG) tidak menghadapi sebarang masalah untuk menundukkan pasukan Homebois 2-0 di Stadium Bukit Kiara, sebentar tadi.
Kedua-dua pasukan mempamerkan persaingan sengit bagi memperkukuh kedudukan masing-masing di puncak carta liga, selepas berkongsi catatan rekod kemenangan serta kekalahan yang sama dalam tujuh perlawanan pertama mereka.
Bagaimanapun, 'counter draft pick' oleh pasukan dari Lembah Klang itu memudahkan mereka untuk mengucar-kacirkan pihak lawan, sekali gus mendominasi permainan.
Iklan
SRG.OG hanya mengambil masa 15 minit untuk menamatkan permainan pertama, dengan Sekyss yang menggunakan hero Ling diangkat sebagai Pemain Paling Bernilai (MVP) selepas berhasil mendapatkan 10 mata bunuh, 6 'assists' dan 1 kematian.
Naratif sama turut berulang pada permainan kedua, apabila kelebihan 'gold' dimiliki skuad Merah Kuning itu menyukarkan pasukan Homebois untuk memenangi setiap 'war'.
Selepas 16 minit permainan, SRG.OG menoktahkan perlawanan, sekali gus meraih kemenangan bersih 2-0 yang jelas membuktikan mereka sememangnya layak berada di tangga teratas liga.
SRG.OG dijadualkan menentang pasukan Ocean Black manakala Homebois pula perlu berdepan Monster Vicious pada minggu terakhir liga sebelum aksi 'playoffs' bermula.
Must-Watch Video