Musim baru Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang ke-15 (MPLMY S15) menampilkan sebuah pasukan popular tanah air, Selangor Red Giants (SRG) yang mahu meneruskan penguasaan total saingan tempatan.
Dengan kehadiran kelab handalan dunia, OG Esports, yang memeterai perjanjian jangka masa panjang bersama SRG, sudah tentu gabungan dua kekuatan itu bakal menyukarkan pihak lawan, sekali gus harus diberi perhatian sepenuhnya.
"Perbincangan ini sudah dilakukan sejak tahun lalu.
"Setelah memperhalusi segala perincian bersama, baru kami umumkan perjanjian dua hala ini," kata pengasas bersama SRG, Simon Lim.
Jelas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) OG Esports, Daniel Sanders pula, musim lalu dengan pelbagai pencapaian yang cukup membanggakan menjadi sebab utama pihaknya mengambil pendekatan untuk memulakan langkah meluaskan industri e-sukan.
"Komuniti MLBB di Malaysia sangat menakjubkan.
"Jadi, kami mengambil keputusan untuk menceburi bidang tersebut dan memilih SRG sebagai rakan kerjasama strategik," katanya di Nadi Arena.
Sebagai rakan kolaborasi, OG bertanggungjawab mahu mengembangkan MLBB di Eropah dengan mengadakan pertukaran kepakaran sementara tidak menolak kemungkinan untuk SRG pula menubuhkan pasukan (Defense of the Ancients) Dota 2 mewakili Malaysia di peringkat global
SRG selaku juara bertahan muncul satu-satunya pasukan yang tidak melakukan sebarang rombakan dengan mengekalkan pemain sedia ada termasuk import mengharungi musim yang akan bermula esok.