Skip to main content

Advertisement

E-Sukan

MPLMY S15: SRG.OG mara ke Grand Finals, MSC 2025

sel.jpg
Selangor Red Giants OG Esports (SRG.OG) mengesahkan tempat ke Grand Finals Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 selepas menewaskan Homebois 3-2 di Stadium Juara, Bukit Kiara sebentar tadi.

Perlawanan 1 menjadi milik SRG.OG dengan kemenangan 18-14 selepas John Banal atau lebih dikenali sebagai Innocent yang bertindak sebagai Gold Liner pasukan menjadi watak utama dengan menggunakan hero Moskov.

Rentak itu diteruskan SRG.OG dalam Perlawanan 2 dengan mereka mendominasi perlawanan sepenuhnya sepanjang 12 minit pertarungan dengan Innocent sekali lagi memacu kemenangan 15-8 The Red Giants.

Begitupun, Homebois cuba mengatur gerakan kembali dalam Perlawanan 3 dengan asakan yang lebih agresif, walaupun SRG.OG mendahului daripada aspek jumlah kill tetapi Homebois kembali menghidupkan peluang dengan satu mata berharga untuk kedudukan menjadi 1-2.

The Red Giants mendapat rentak kembali dalam Perlawanan 4 dan Perlawanan 5 serta tidak menunggu lama selaku juara bertahan untuk memastikan mereka mara ke Grand Final dengan menewaskan Homebois, Innocent diangkat selaku Pemain Terbaik (MVP) secara keseluruhan dengan mencatatkan KDA 19/4/24.

Kemenangan itu juga menyaksikan SRG.OG menjadi wakil pertama negara yang mengesahkan tempat ke Mid Season Cup (MSC) MLBB 2025.

Advertisement

Must Watch Video