Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S15 : SRG.OG lawan Homebois, siapa lagi hebat?

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

mplmy-my.jpg
Minggu kelima Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) musim ke-15 bakal menyaksikan pertemuan dua pasukan teratas carta liga iaitu Selangor Red Giants.OG Esports dan Homebois.

Minggu keempat atau Minggu Diraja musim ini telah menobatkan Homebois di puncak teratas liga memintas SRG.OG sekaligus merunapkan harapan gergasi merah itu untuk mendominasi Minggu Diraja buat 3 kali berturut-turut. 

Homebois dan SRG.OG kini terikat dengan 17 mata selepas juara Mid Season Cup 2024 gagal mencatat kemenangan bersih menentang Aero Esports pada Jumaat. Manakala Homebois pula berjaya mencatat kemengan bersih 2-0 dalam kedua-dua aksi minggu lalu menentang Todak dan juara Piala Esports Malaysia, Team Vamos.

SRG.OG sudah tentu bakal mempertaruhkan 'Innocent' sekali lagi selaku Gold Laner, namun gergasi merah perlu waspada dengan kehadiran 'MelQT' yang menunjukkan prestasi cemerlang apabila meraih Pemain Paling Bernilai (MVP) menentang Team Vamos.

SRG.OG menentang Homebois dijadualkan berlangsung pada hari Sabtu, 17 Mei di Stadium Juara. Adakah era baru Homebois akan menundukkan gergasi merah pada musim ini? Jangan lupa saksikan pertarungan ini secara langsung di saluran 801 Astro Arena.

Advertisement

Must Watch Video