MPL MY
MPLMY S-15: SRG.OG dominasi minggu kelima!
Saingan minggu kelima telah melabuhkan tirai hujung minggu lalu, dengan menyaksikan Selangor Red Giants.OG Esports (SRG.OG) terus melebarkan sayap di puncak liga dengan 20 mata.
Mencuri tumpuan di minggu kelima ini ialah, barisan kesemua pemain SRG.OG menerajui carta sebagai pemain pilihan di minggu itu.
Midlaner SRG.OG, Hazziq Danish (Stormie), terus mengekalkan status sebagai pemain midlaner terbaik lima minggu berturut-turut.
Iklan
Antara pemain SRG.OG yang mendominasi carta ialah Mark Rusiana (Kramm) di bahagian Exp Laner, John Banal (Innocent) di bahagian gold laner, Muhammad Qayyum (Yums) di bahagian roamer, Muhammad Haqullah (Sekyss) di bahagian jungler, barisan kejurulatihan juga diisi oleh pasukan SRG.OG.
Minggu terakhir 'regular season' akan menentukan segalanya bagi merebut slot ke saingan playoff yang bakal berlangsung Jumaat ini.
Must-Watch Video