Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S15: SRG.OG akui percaturan berdepan Team Vamos menjadi

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

ogg.jpg
Juara Liga Profesional Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-14, Selangor Red Giants dan OG Esports (SRG.OG)  memenangi perlawanan pertama menentang seteru utama iaitu Team Vamos dengan kemenangan bersih 2-0 di Stadium Juara, Bukit Kiara, minggu lalu.

Jurulatih SRG.OG, Michael Angelo Bacado atau turut dikenali sebagai Arcadia percaya bahawa pasukannya telah melakukan persiapan terbaik untuk perlawanan pertama mereka di MPLMY kali ini dan impaknya membuahkan hasil.

"Saya berasa sangat lega kerana segala persiapan yang kami sediakan berjalan lancar dan membuahkan hasil. Ini yang kami mahukan dalam permulaan liga, ketika hampir kalah dalam perlawanan pertama saya tetap yakin dengan pasukan saya mampu mengubah keputusan itu, dan akhirnya berjaya," katanya.

Dalam pada itu, EXP Laner SRG.OG, Mark Rusiana yang juga dikenali sebagai Krammm menjelaskan perlawanan tempoh hari mereka hanya berpikiran positif dan yakin semua perkara mampu membuat yang terbaik.

"Walaupun kami kalah di awal permainan, kami sentiasa berpikiran positif dan tidak langsung berpikiran negatif, dan kami mampu lakukan sehingga menang.

"Saya berasakan Team Vamos adalah pasukan yang kuat, saya tidak jangka yang kami akan menang perlawanan itu, kami hanya manusia biasa dan kami sentiasa memberi yang terbaik.

Untuk saingan minggu kedua bakal menyaksikan SRG.OG akan berdepan DX Soul pada Jumaat sebelum bertemu Monster Vicius pada Ahad.

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video