MPL MY
MPLMY S15: 'Savage' Innocent pacu SRG.OG mara ke pusingan playoff
Saingan hari ketiga, minggu ke-4 Liga Profesional Mobile Legend Bang-Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 menyaksikan Selangor Red Giants, OG Esport (SRG.OG) mara ke pusingan kalah mati.
Pasukan dari Lembah Klang itu menewaskan JP Niners 2-0 di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.
SRG.OG kini berada di kedudukan kedua dalam carta di belakang homebois memulakan aksi game pertama dengan agresif.
Iklan
Kelemahan JP Niners di 'backline' menyaksikan kombinasi serangan SRG.OG berkesan terutamanya menerusi gerakan Muhammad Haqqullah Ahmad Shahrul Zaman atau dikenali sebagai Sekysss dan John Banal (Innocent).
Kedua-dua pemain itu berjaya mengumpulkan 5 kills dengan 11 assist yang menyaksikan Innocent muncul selaku Pamain Paling Bernilai dalam Perlawanan 1.
Walaupun ketinggalan dalam Perlawanan 1, Niners cuba untuk memperbaiki corak permainan pasif dalam Perlawanan 2.
Begitupun, gabungan aksi pertempuran Innocent, Sekyss dan Kramm menjadi tonggak mantap Skuad Merah Kuning itu hingga sukar dikawal dan menggugat Niners.
Walaupun Niners berjaya mematahkan cubaan serangan SRG-OG bersama Lord pertama namun, Selangor berjaya kembali merampas Lord kedua.
Innocent membuktikan dia pemain yang perlu digeruni lawan apabila berjaya memperolehi savage dalam serangan terakhir di Perlawanan 2 sekali gus memusnahkan sisa harapan Niners.
Kemenangan 2-0 itu menyaksikan SRG.OG layak untuk mara ke pusingan kalah mati MPLMY musim baru ini.
Must-Watch Video