Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S15: Ocean Black dijinakkan budak 16 tahun

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

untitled-design-(12).jpg
Selepas tumpas ke atas Selangor Red Giant OG dan bangkit mengatasi Team Rey, Vamos berjaya menampilkan prestasi cemerlang selepas jelmakan kemenangan kedua musim ini dengan menjinakkan Ocean Black 2-0.

Di perlawanan pertama, walaupun di atas kertas 'draft' Ocean Black tampak lebih baik selepas mereka berjaya mendapatkan hero kegemaran ramai iaitu Kalea.





Ia tidak menghalang Vamos untuk tampil dengan kelas tersendiri untuk mencuri mata pertama selepas permainan terbaik ditonjolkan pemain jungle simpanan mereka, Error 404, yang mengganti Chibi.

Kecemerlangan Error 404 diteruskan lagi di perlawanan kedua dengan memilih Joy sebagai hero pilihannya yang berjaya mendominasi Ocean Black sepenuhnya.

Ini sekaligus debut cemerlang MPL MY ditonjolkan jungler berumur 16 tahun Vamos itu yang menjanjikan banyak lagi 'sajian' akan dihidangkan kepada semua peminat.

Advertisement

Must Watch Video