Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S15: Innocent seperti tiada pencabar di carta MVP

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

innnoncet.jpg
Pemain Gold Laner Selangor Red Giants.OG (SRG.OG), John Banal atau lebih dikenalai sebagai Innocent, tidak asing lagi dalam kancah arena E-sukan Malaysia dalam sukan Mobile Legend, selepas dia kekal unggul di takhta selaku Most Valuable Player (MVP) untuk minggu keempat.

Pemain kelahiran Filipina ini menyertai saingan Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPLMY) pada musim ke-13, dia menunjukkan prestasi cemerlang pada musim kali ini dengan menjadi satu-satunya pemain mengekalkan MVP selama empat minggu berturut-turut.

https://www.instagram.com/p/DJilvdZzeGZ/?igsh=MXFpNDBoYTBqZmtrbA==

Innocent dari SRG.OG terus memperkukuh dominasinya di carta MVP dengan 40 mata meninggalkan pesaing terdekat, MelQT dari Homebois, dengan beza lima mata.

Sementara itu, Eyymal, Stormie dan Unii, berkongsi mata dengan 25 mata.
 

Advertisement

Topik Berkaitan

Must Watch Video