Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S15: Homebois ikut jejak SRG.OG ke Riyadh!

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

hb.jpg
Homebois melalui malam yang cemerlang selepas mara ke pentas Grand Finals Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang Malaysia (MPLMY) musim ke-15 dan menoktahkan tempat ke Mid Season Cup (MSC) MLBB 2025.

Mereka menewaskan DX Soul 3-2 dalam aksi Lower Bracket Final di Stadium Juara, Bukit Kiara, sebentar tadi.

Skuad kendalian Ervan Pratama mendahului 1-0 terlebih dahulu menerusi kemenangan 20-10 dalam Perlawanan 1, sebelum DX Soul menyamakan kedudukan 1-1 dalam Perlawanan 2 apabila pemain Roamernya, Rasya Wisita atau turut dikenali Rasy memacu kemenangan 18-12.

Begitupun, Homebois sekali lagi mendahului dalam Perlawanan 3 selepas pertarungan dalam tempoh 20 minit yang berakhir dengan kemenangan 20-13.






Ketika mereka berpotensi menamatkan Perlawanan 4 dengan kemenangan awal, DX Soul memastikan mereka terpaksa akur selepas tewas 7-15 dalam Perlawanan 4, sekali gus terikat 2-2 dan mengheret perlawanan ke set penentuan.

Perlawanan 5 berlangsung sengit meskipun Homebois mendominasi perlawanan, namun aksi dramatik yang dipamerkan kedua-dua pasukan berpihak kepada Homebois yang menang 16-9 untuk mara ke pentas akhir esok.

Selangor Red Giants (SRG) OG Esports menanti Homebois dalam pentas akhir MPLMY S15 esok.


 

Advertisement

Must Watch Video