MPL MY
MPLMY S15: AERO tumbangkan Team Vamos
AERO Esport mencipta kejutan selepas menewaskan Team Vamos 3-1 dalam pusingan suku akhir, kalah mati Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) di Stadium Bukit Kiara, sebentar tadi.
AERO mendominasi penuh Perlawanan 1 selepas mempamerkan aksi kemas untuk menghukum Vamos yang bergelut dan kehilangan rentak, malah Muhammad Balakosa atau lebih dikenali sebagai Hazle yang menggunakan hero Fanny memacu pasukannya meraih mata pertama 12-3.
Team Vamos cuba bangkit mengawal permainan dalam awal Perlawanan 2, tetapi AERO kembali mengikat 14-14 dari aspek jumlah kill sekali gus menyekat kemaraan Vamos untuk tewas 14-16.
Iklan
Begitupun, pertembungan dalam tempoh hampir 25 minit dalam Perlawanan 3 berpihak kepada Vamos selepas menyambar Lord terakhir untuk menamatkan dengan kemenangan 14-8.
Team Vamos terpaksa akur dalam Perlawanan 4 selepas bergelut dengan strategi AERO yang agresif mengatur serangan untuk menoktahkan perlawanan 16-10 dan mara ke pusingan separuh akhir esok.
Skuad kendalian jurulatih Abraham Unida atau dikenali sebagai BAM itu akan berdepan Selangor Red Giants OG Esports esok dalam saingan Fasa 1, separuh akhir Upper Bracket pada jam 11 pagi esok.
Must-Watch Video