Skip to main content

E-Sukan

MPLMY S14: Zahyed, CikuGais bantu Todak tewaskan Team Haq

Ikuti perkembangan sukan terkini di saluran WhatsApp Astro Arena

todak.jpg
Pasukan Todak tiada masalah untuk menewaskan Team Haq 2-0 untuk mengutip tiga mata penuh dalam saingan minggu ketiga Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14, di Stadium MBSJ Serdang Jaya, sebentar tadi.

Todak mendominasi Perlawanan 1 dengan Muhammad Zaed Hakimi atau lebih dikenali sebagai Zahyed menjadi watak penting untuk memacu kemenangan pasukannya 13 berbalas tiga dalam tempoh masa 11 minit sahaja.






Team Haq cuba mencuri satu mata dalam awal Perlawanan 2 dengan memberikan saingan sengit tetapi serangan hendap yang dilakukan Muhammad Danial Mohamad Fuad atau lebih dikenali sebagai CikuGais pada saat akhir memastikan tiga mata penuh menjadi milik Todak.

Kemenangan itu sekali gus mengubat duka pasukan Todak yang tewas dalam dua aksi terakhir untuk berada di kedudukan ketiga dalam carta liga dengan enam mata secara keseluruhan.

Todak akan meneruskan cabaran berdepan Team Vamos esok.






Zahyed dipilih sebagai Most Valuable Player Of The Match (MVP) selepas menjadi watak penting dalam kedua-dua perlawanan.
 

Advertisement

Must Watch Video