MPL MY
MPLMY S14: Todak ada 'senjata rahsia' tempah slot ke M6
Jurulatih taktikal Todak, Muhammad Saiful Aujang, berpuas hati dengan prestasi pasukan Todak memandangkan mereka telah mara ke pusingan kalah mati walaupun mempertaruhkan pemain simpanan dalam saingan Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia, sebelum ini.
Saiful juga optimis mempunyai elemen rahsia yang sudah dipersiapkan menjelang perlawanan kalah mati menentang Monster Vivcious nanti.
"Jika diikutkan prestasi semasa pasukan saya berpuas hati kerana memberikan pemain Todak peluang termasuk simpanan untuk beraksi. Nombor empat itu satu pencapaian memandangkan berisan pemain yang kerap bertukar.
Iklan
"Strategi baru ada, tapi perlu mantapkan strategi lama terlebih dahulu. Tetapi ada elemen baru yang kami akan bawa ke pusingan kalah mati nanti" ujar Saiful.
Dalam pada itu, naib presiden Todak, Roslan Rashid, ketika ditanyakan mengenai Petunjuk Indeks prestasi (KPI) pasukan todak, dia menjelaskan bahawa semuanya akan terjawab selepas pusingan kalah mati kerana sasaran mereka adalah untuk mara ke Kejohanan Dunia M6.
"Jika berkata tentang KPI, kita perlu tengok di pusingan kalah mati nanti kerana sasaran adalah mesti mara ke M6. Tiada pilihan lain. Kerana sebelum ini Todak hanya terlepas M5 sahaja, yang lainnya Todak wakil Malaysia.
"Jangkaan adalah perlawanan yang sengit, dalam barisan pemain Monster Vicious juga ada pemain Todak yang dipinjamkan. Jadi pemain dalam skuad utama Todak perlu buktikan mereka lebih bagus." katanya.
Must-Watch Video