MPL MY

MPLMY S14: Team Vamos kutip tiga mata penuh, tewaskan JP Niners

Saufi Tahir 13/09/2024 | 08:39 MYT
Team Vamos meneruskan kemenangan kedua berturut-turut selepas menewaskan JP Niners 2-0 dalam saingan minggu kedua Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14, di Stadium MBSJ Serdang Jaya, sebentar tadi.
Pendatang baru itu membariskan muka sama seperti di minggu pertama iaitu Chibi, Xorn, Smooth, Nets, Warlord tiada masalah untuk menggunakan pengalaman mereka mengatasi JP Niners yang dibarisi Loleal, Maxxx, YE3, Rasy dan Zakqt.
Walaupun JP Niners memberikan saingan tetapi Team Vamos yang ketinggalan jumlah gold pada awalnya berjaya bangkit kembali untuk meraih kemenangan pertama.
Set kedua pula menyaksikan Team Vamos meneruskan dominasi sekali gus menyukarkan pasukan lawan untuk menyaingi untuk meraih kemenangan bersih 2-0.
Dalam minggu pertama, Team Vamos memulakan kempen MPL Malaysia dengan langkah kanan dengan menewaskan pasukan baru iaitu Red Esport.
Pemain dari Filipina Kenneth Barro atau lebih dikenali sebagai Nets dipilih sebagai Most Valuable Player Of The Match selepas menjadi watak penting dalam kedua-dua kemenangan Team Vamos untuk menduduki tangga pertama liga dengan enam mata.
#mplmy #INIGAYAKITA #M6LAYSIA #MPLMYS14 #PANTANGMENGALAH #GP Niners #Team Vamos
;