Selepas menjuarai Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14 dua kali berturut-turut, pemain Selangor Red Giants (SRG) mengambil pendekatan untuk bercuti sebelum bertempur ke Kejohanan Dunia, M6, hujung bulan ini.
Sebelum pertempuran besar yang akan mengambil tempat di Axiata Arena, SRG terlebih dahulu akan terbang ke Riyadh, Arab Saudi, bagi menyertai Kejohanan Antarabangsa IESF.
Pun begitu, pertandingan tersebut menuntut setiap pasukan untuk menggunakan pemain tempatan sahaja tanpa dibantu oleh pemain import.
Menurut pengurus SRG, Amir Syafiq, dia mengakui bahawa anak buahnya mampu menggondol kejuaraan di Riyadh, sekali gus menjadi tonik terbaik menghadapi M6.
"Tanggungjawab jurulatih untuk menyusun jadual latihan termasuk menyediakan strategi buat para pemain," katanya.
Amir turut mendedahkan bahawa terdapat pertengangan antara pemain sebelum ini: "Sejujurnya ketika tewas kepada Monster Vicious, berlaku permasalahan melibatkan beberapa pemain, namun perbincangan komunikasi haruslah diperbaiki untuk bangkit semula.
Dalam misi SRG ingin menawan dunia sekali lagi, SRG sedang merangka perancangan khas bagi membuktikan kecemerlangan berganda di hadapan peminat tanah air.
Najmi Iman
Tue Nov 05 2024