Kejayaan Selangor Red Giants (SRG) dalam kancah Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14 perlu dirungkai secara terperinci ekoran persembahan yang menakjubkan sepanjang tahun ini.
Barisan skuad SRG di bawah kepimpinan Michael Angelo Bocado (Arcadia) dan Poon Kok Sing atau dikenali sebagai Ozoraveki menjelamkan karakter terpuji ketika tenang mengukir sejarah dalam industri e-sukan itu.
Selain kehebatan individu serta percatuan taktikal, kekuatan mental turut menjadi faktor penting dalam mengekalkan jajahan di wilayah 'Land of Dawn'.
Situasi sukar yang dialami sebelum ini apabila tewas kepada Monster Vicuous dan Todak tidak mematahkan semangat mereka, malah bangkit lebih hebat dan kembali pada tahap yang memuaskan.
"Secara jujurnya, sekiranya SRG mencatatkan kemenangan dan tidak tewas maka kerja saya sangat mudah.
"Tetapi jika mereka menghadapi kekalahan, sudah tentu mereka akan tertekan dan persekitaran bertukar negatif.
"Perkara utama mendepani isu tersebut adalah mengenal pasti terlebih dahulu punca sebelum bermula semula daripada awal.
"Kami mendapati perbezaan umur juga antara faktor penting tetapi bagaimanakah mereka mampu mengatasi tekanan itu.
"Jika anda mengambil berat mengenai mereka, mereka juga akan merasai perasaan itu dan lebih mengetahui pasal kita," kata pakar psikologi SRG, Philip Lew.
Najmi Iman
Tue Nov 05 2024