Juara bertahan, Selangor Red Giants (SRG) mengambil langkah proaktif untuk menghentikan seketika sesi penstriman bagi setiap pemain supaya dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada playoff Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) musim ke-14 Malaysia.
Keputusan itu diambil sejurus selepas kekalahan mengejut SRG kepada Monster Vicious dalam regular season di Stadium MBSJ Serdang Jaya, sebelum ini.
SRG tidak mahu terlalu banyak ruang kelemahan dieksploitasi sebaliknya sedang merancang strategi terbaru dengan menunggu masa untuk memperkenalkan gaya permainan baru menerusi meta terkini hasil analisa taktikal daripada jurulatihnya, Arcadia dan Ozoraveki.
Sudah semestinya SRG akan terus mempertaruhkan pemain paling bernilai iaitu, Haqqullah Ahmad atau lebih dikenali sebagai 'Sekysss'.
"Secara individu, terletak kepada diri sendiri untuk melaksanakan inisiatif bermain bersungguh-sungguh.
"Saya mahu bersemuka semula Monster Vicious kerana mereka pasukan pertama mengalahkan kami jadi kami ingin membalas dendam," katanya kepada wartawan Astro Arena, Karl Nunis.