Team Vamos muncul pasukan pertama melangkah ke Kejohanan Dunia, M6, selepas melepasi halangan final upper bracket playoff Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) musim ke-14 Malaysia.

Kemenangan 3-1 itu juga membawa Team Vamos ke grand final kejohanan e-sukan berprestij itu selepas menewaskan Todak di Kompleks Sukan Educity, Iskandar Puteri, Johor.

"Perasaan saya biasa sahaja kerana sebelum ini saya juga pernah melangkah ke kancah antarabangsa.


"Persiapan kami ketika ini sedang ditingkatkan dan diperkemas," kata Rizky Agustian.

"Alhamdulillah peroleh rezeki dapat mara ke M6 buat kali ketiga berturut-turut. Ia adalah hasil usaha daripada semua pemain, dan semua yang terlibat.

"Segala ideologi atau gaya permainan masih boleh diadaptasi dengan baik mengikut keadaan semasa, jadi itu mungkin rezeki yang diberikan kepada saya," kata jurulatih Team Vamos, Khairul Azman Sharif.