MPL MY
MPLMY S14: Red Esports jadikan pasukan Filipina sebagai rujukan
Red Esports menegaskan bahawa mereka mempunyai muslihat tersendiri berdepan JP Niners bagi mengisi slot ke separuh akhir upper bracket playoff Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPLMY) musim ke-14 Malaysia.
Pusingan ini bakal menyaksikan Red Esports akan mempamerkan corak permainan yang direka khas dan terbukti berkesan ketika mereka melakukan sesi scrim, sebelum ini.
"Buat masa sekarang, kami banyak scrim dengan Filipina ekoran kami mahu mengikuti corak permainan mereka selepas banyak mempelajari daripada pasukan mereka.
Iklan
"Pemain tempatan boleh mengambil sesuatu input yang berguna serta belajar lebih mendalam mengenai sistem baru," kata pengurus Red Esport, Muhammad Izzat Farhan.
Red Esports memberi jaminan tinggi apabila gerakan tersebut difahamkan membawa pulangan positif kepada mereka untuk melayakkan diri ke peringkat seterusnya.
"Kami sebagai pemain Malaysia harus meningkatkan mutu permaiman supaya taraf kami bersama pemain import tidak berbeza," kata pemain Red Esports, Amirul Aruah.
Must-Watch Video