MPL MY
MPLMY S14: Red Esports atasi JP Niners di MBSJ
Red Esports bangkit daripada kekalahan dua kali berturut-turut selepas menewaskan JP Niners dalam saingan minggu ketiga Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14, di Stadium MBSJ Serdang Jaya, sebentar tadi.
Aksi Perlawanan 1 menyaksikan Red Esport tiada masalah untuk meraih mata pertama dalam tempoh hampir 15 minit perlawanan selepas gerakan agresif yang berisiko tinggi membuahkan hasil untuk menang 18 berbalas tujuh.
JP Niners cuba untuk mencari mata penyamaan dalam Perlawanan 2 tetapi momentum kemenangan yang diteruskan Red Esport menoktahkan aksi pertama minggu ketiga itu dengan kemenangan bersih tiga mata.
Pemain Gold Laner dari Filipina, Lee Gonzales atau lebih dikenali sebagai Owl dipilih sebagai Most Valuable Player Of The Match (MVP) selepas menjadi watak penting dalam dua perlawanan Red Esports.
Kemenangan itu memastikan Red Esports menutup saingan minggu ini pasukannya di ke tangga keenam dalam carta liga dengan enam mata dengan dua kemenangan dan tiga kali tewas.
#Legends
#INIGAYAKITA
#M6LAYSIA
#MPLMY S14
#MPLMYS14
#PANTANGMENGALAH
#Red Esports
#Bang-Bang
#JP Niners
#'Mobile