Monster Vicious memulakan aksi pertama Liga Profesional Mobile Legend Bang Bang (MPL) Malaysia Musim Ke-14 dengan cukup baik apabila mencetak kemenangan 2-1 ke atas pasukan Todak, sebentar tadi.

Monster Vicious yang dibarisi pemain yang sama ketika MPLMY S13 dengan kemasukan Martzy di bahagian Midlaner membuahkan hasil selepas kemenangan ke atas Todak yang membariskan muka sama seperti MPLMY S13 walaupun dengan kembalinya Moon selepas dipinjamkan ke pasukan JP Niners.

Dengan kehadiran midlaner baru, Martzy, memainkan watak penting dalam perlawanan 1 untuk membantu Monster Vicious mengalahkan Todak.

Todak jelas menguasai Perlawanan 2 dengan strategi yang lebih kemas dan berdisiplin, sekali gus menggunakan peluang yang ada untuk mengikat kedudukan 1-1 yang menyaksikan Dee yang menggunakan hero roger dinobatkan Most Valuable Player Of The Match kali ini.

A post shared by Monster Vicious ?? (@monsterviciousofficial)



Perlawanan 3 berlangsung epik apabila Todak hampir melakukan kebangkitan, namun gagal kerana corak yang lebih berdisiplin diterapkan Monster Vicious.

Malah, Roughhh telah dipilih MVP secara keseluruhan atas kecemerlangannya membantu pasukan.