Monster Vicious (MV) tiada masalah untuk menewaskan Red Esport 2-0 dalam saingan minggu kedua hari kedua Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14, di Stadium MBSJ Serdang Jaya, sebentar tadi.
Berbekalkan kemenangan di minggu pertama, Monster Vicious dilihat terus dahagakan kemenangan bagi mengorak langkah untuk memburu keputusan positif apabila menang dalam perlawanan pembukaan.
Segalanya bagaikan tidak menjadi buat Red Esport apabila terus diasak lawan dalam aksi kedua sebelum tewas dalam tempoh masa hampir 14 minit.
Untuk rekod, ini merupakan kemenangan kedua buat Monster Vicious yang mempertaruhkan barisan tonggak tempatan sementara buat Red pula, ini merupakan kekalahan kedua selepas tewas kepada Team Vamos pada 7 September lalu.
"Walaupun pemain sudah berpengalaman, beberapa pemain masih berasa gugup ketika berada di atas pentas.Minggu ini kami lebih fokus dan hari ini terbukti dengan mereka beraksi dengan lebih baik.
"Masalah disiplin semakin berkurangan. Perlawanan pertama ada sedikit masalah komunikasi. Jadi kami akan perbaiki masalah itu dalam saingan minggu depan." katanya Jurulatih MV, Nur Hanis kepada Nadi Arena.
Dalam satu lagi aksi menyaksikan Homebois tidak berjaya meneruskan rentak kemenangan apabila tewas tewas kepada pasukan baru, Team Rey 1-2 hari ini.
Saufi Tahir
Sun Sep 15 2024