MPL MY
MPLMY S14: Monster Vicious jadikan Team Vamos seteru pilihan di playoff
Jurulatih Monster Vicious, Nur Hanis Adlan atau lebih dikenali sebagai Haru meletakkan harapan dapat meraih satu mata berdepan juara bertahan Selangor Red Giants (SRG) serta tiga mata berdepan JP Niners dalam saingan minggu terakhir Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14, Jumaat ini.
Jurulatih berusia 20 tahun itu turut menjadikan Team Vamos sebagai pasukan pilihannya sebagai seteru pilihan dalam pusingan kalah mati nanti.
"Dengan SRG kami berharap dapat raih satu mata, manakala JP Niners kami yakin untuk menang.
Iklan
"Masalah keserasian memang sudah tidak wujud dalam pasukan kerana pemain dalam pasukan ini sudah lama bersama. Dalam pusingan kalah mati, kami ingin berdepaan Team Vamos kerana mereka memandang rendah pada kami.
"Kami ingin tunjukkan walaupun mereka beraksi dengan baik, kami tetap boleh berikan kemenangan," katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai perjalanannya dalam saingan MPL Malaysia, Gold Laner pasukan MV, Harith Hazran, yang turut dikenali sebagai Roughhh berkata: "Bagi saya perkara ini atas diri sendiri untuk menjadikan diri lebih matang, perlu lebih banyak belajar dengan orang yang lebih berpengalaman.
Walaupun pasukan itu yang dibarisi sepenuhnya pemain tempatan sahaja, Roughhh otptimis bahawa peluang untuk menang masih terbuka buat pasukannya serta keyakinan merupakan aspek yang penting yang bersaing dengan pasukan lain.
"Saya rasa perkara itu biasa, kami yakin dengan kemampuan kami untuk bersaing dengan semua pasukan." katanya di Nadi Arena hari ini.
Must-Watch Video