Homebois terus memperbaiki kedudukan dalam carta Liga Profesional Mobile Legends Bang Bang (MPL) Malaysia musim ke-14 selepas menewaskan Monster Vicious (MV) 2-0 dalam aksi minggu keempat di Stadium MBSJ Serdang Jaya, sebentar tadi.
Tempoh 12 minit diperlukan Homebois untuk melakar mata pertama menewaskan MV, 17-4, dengan pemain dari Filipina, Kennt Baesa atau lebih dikenali sebagai Souuul menjadi watak penting dengan menggunakan Hero Harith.
Rentak kemenangan itu diteruskan Homebois dalam Perlawanan 2 dengan untuk mendahului 5-2 dalam lima minit pertama perlawanan.
Sekali gus tiga rekod kemenangan berturut-turut MV dicalarkan Homebois dengan kemenangan bersih 2-0.
Selepas beraksi cemerlang dalam dua perlawanan sebentar tadi, Crush daripada skuad Burung Hantu muncul Most Valuable Player Of The Match (MVP) untuk memacu Homebois berada di tangga keenam liga dengan tujuh mata selepas meraih kemenangan pertama hari ini.

Rumah Jantan (HB) hancurkan rentak Raksasa Rakus (MV), HB menang bersih 2-0.
— MPL Malaysia (@mplmyofficial) September 27, 2024
Dengan kemasukan EXP baru daripada Filipina membuatkan HB lebih kemas dalam komposisi team fight. pic.twitter.com/C027PvFqS4
Sekali gus tiga rekod kemenangan berturut-turut MV dicalarkan Homebois dengan kemenangan bersih 2-0.
Homebois masih mencari mata kemenangan, tapi laluan tidak mudah apabila bertemu dengan lineup 100% lokal, MV yang mempunyai rekod kemenangan berturut-turut setakat ini. pic.twitter.com/EMQpgCdZ5o
— MPL Malaysia (@mplmyofficial) September 26, 2024