MPL MY
MPLMY S14: Filem Soloz akan temui anda di pawagam tahun depan!
Kisah hidup personaliti popular e-sukan, Muhammad Faris Zakaria, atau lebih dikenali sebagai Soloz bakal diadaptasi ke dalam bentuk filem yang bertajuk 'Game of Life' dan akan menemui anda di pawagam, tahun depan.
Soloz merupakan atlet e-sukan yang telah mengharum nama negara serta menjadi conton kepada anak muda yang ingin menceburi bidang sukan alam maya.
Selain itu, filem itu bakal dibintangi oleh Ikmal Amry yang akan memegang watak sebagai musuh tradisinya, manakala Fauzi Nawawi sebagai bapa dan Hun Haqeem diberi penghormatan membawa watak utama iaitu Soloz.
Iklan
"Pembikinan filem ini sebenarnya ingin berkisarkan tentang perjalanan kehidupan seorang pemain pro Mobile Legend Bang Bang (MLBB) untuk dipertontonkan kepada umum," kata pelakon terkenal, Ikmal Amry.
Bekas pelakon, Hairul Azreen, turut hadir ke Stadium MBSJ Serdang Jaya bagi menyaksikan perlawanan diantara Selangor Red Giants (SRG) bertemu Vamos seterusnya memeriahkan suasana bersama penyokong kedua-dua pasukan.
"Untuk menjadi pemain profesional, bukan saya orangnya namun, kalau main secara suka-suka saya boleh turut serta.
"Sekarang saya boleh katakan ekosistem e-sukan di Malaysia semakin meningkat, sekali gus membuka peluang kepada orang lain.
"Tetapi apa paling utama ialah pelajaran kerana sekolah sangat penting dan ilmu sangat berguna," katanya.
Must-Watch Video