Liga e-sukan paling popular, Mobile Legends Bang Bang (MLBB) Profesional League (MPL) Musim 14, bakal menghimpunkan 10 pasukan yang bakal bersaing di Stadium MBSJ Serdang Jaya, Sabtu ini.
Dua pasukan teratas MPLMY S14 ini akan mewakili Malaysia dalam Kejohanan Dunia M6 yang akan berlangsung di Axiata Arena, Kuala Lumpur, November depan.
Juara bertahan Selangor Red Giants akan menghantar barisan pemain sama seperti musim lalu iaitu Muhammad Haqqullah "Sekys" Ahmad Shahrul Zaman, 18 tahunm yang dijangka akan memainkan peranan penting selepas pencapaiannya di MSC 2024 mendapat pujian ramai sebagai "MLBB's Best Jungler".
Sebaliknya, Homebois pula akan menghantar barisan muka baru setelah kehilangan lima ahli pasukannya
kepada Team Vamos.
Dalam usaha merebut hadiah wang tunai USD100,000 (MYR 437,000) untuk saingan MPLMY S14 kali ini mereka mengekalkan Mid-Laner, Muhammad "Udil" Julian Ardiansyah.
Harapan tinggi diletakkan di atas bahu Udil untuk memimpin pasukan sebagai pemain paling berpengalaman Homebois dan atlet e-sukanMalaysia yang paling mahal (yuran pemindahannya dari pasukan Indonesia, Alter Ego Esports, adalah MYR 330,000).
Sorotan akan tertumpu kepada Team Vamos pada minggu pembukaan ini, yang akan membuat kemunculan sulung mereka musim ini selepas memperoleh hampir kesemua pemain Homebois, termasuk kapten Mohammad Zul Hisham "Xorn" Bin Mohd Noor dan jurulatih Khairul "Pabz" Sharif.
Team Vamos diasaskan oleh bekas atlet profesional MPL Malaysia dan pencipta kandungan Malaysia yang paling banyak ditonton, Mohd Faris "Soloz" bin Zakaria. Lawan mereka, RED Esports, telah diturunkan ke liga MALMY pada Season 12 selepas menamatkan saingan di tempat ke-10.
Malah, mereka telah bangkit semula untuk menjadi pasukan MLBB Academy League Malaysia (MAL MY) pertama yang beraksi dalam MPL Malaysia selepas dinaikkan pangkat dari musim sulung liga pembangunan tersebut.
Ketua Pemasaran dan Pembangunan Perniagaan MOONTON Games, Fikri Rizal menjelaskan: 'Pasukan-pasukan kini lebih bermotivasi daripada musim-musim sebelum ini.
Kejohana M-Series sentiasa menjadi acara paling berprestij bagi mana-mana pemain MLBB profesional, tetapi ia adalah satu pertandingan yang belum kita menangi. Mampu untuk memimpin usaha Malaysia meraih hadiah terbesar MLBB di hadapan peminat tempatan adalah satu impian yang akan menjadi kenyataan untuk musim ini."
"Pasukan-pasukan Malaysia telah menunjukkan bahawa mereka mempunyai kekuatan untuk menjadi juara dunia. Saya yakin bahawa musim MPL Malaysia kali ini akan menjadi yang paling kompetitif dan bersemangat setakat ini!". katanya.
Saufi Tahir
Thu Sep 05 2024