Barisan jurulatih Todak, Wan Usman atau lebih dikenali sebagai 4MEYZ meletakkan sasaran agar pasukan kendaliannya itu berjaya menduduki tempat ketiga dalam saingan kalah mati yang akan bermula esok.

"Rebut untuk dapat gelaran juara untuk musim ini agak sukar tetapi sasaran kami adalah untuk berada di kedudukan ketiga sahaja.

Begitupun, dia menganggap pemain yang perlu diberikan perhatian dalam pasukan King Empire adalah Sasa dan Smooth berikutan penggalaman yang luas dimiliki dua pemain itu.

Todak juga sedia memberikan kejutan kepada pasukan lawan dengan strategi berbeza dari aspek meta dan draft pick sebagai langkah untuk ke peringkat seterusnya.

Todak berjaya menamatkan saingan liga di kedudukan ketiga dan akan turun dalam perlawanan pertama esok berdepan cabaran pasukan King Empire pada jam 3 petang.

"Pertama adalah Sasa (Gold Laner) kerana dia berpenggalaman dan pernah bermain bersama pasukan ONIC di Indonesia. Keduanya adalah Smooth (EXP Laner) kerana dia sudah lama dalam sukan ini. Mereka mempunyai penggalaman luas berbanding pemain lain.

"Semestinya Todak sentiasa memberikan kejutan pada bahagian Draft Pick seperti yang kami buat dalam setiap musim. Kami mempunyai strategi rahsia. Kita akan membuat persediaan dari aspek Meta dan pemilihan draft nanti."

"Kami pernah berada di tempat mereka sebelum ini, saya harap pemain kami boleh berikan saingan kepada pasukan Selangor Red Giants nanti." katanya ditanya berkenaan cabaran sekiranya layak ke peringkat seterusnya.