Demam E-Sukan MPLMY kembali terasa bahang kehangatannya apabila pasukan paling dominan musim ini Selangor Red Giants(SRG) sedia mengekalkan rekod kemenangan selepas mencipta sejarah sebagai pasukan pertama yang memenangi kesemua perlawanan peringkat liga tanpa sebarang kekalahan.

Dengan rekod 9 perlawanan dan 9 kemenangan straight set dua kosong sekaligus meletakkan SRG sebagai pasukan kegemaran untuk menempah laluan ke peringkat akhir menentang juara bertahan, Homebois.

SRG menunggu pemenang playinn di antara King Empire menentang Todak esok.

Dalam pada itu, Ketua Jurulatih SRG, Michael Angelo Bocado sedang mempersiapkan pasukannya dengan memperkenalkan meta gameplay terbaru selepas kemaskini patch.





"Kebiasaannya pada setiap minggu walaupun kami melakar kemenangan berterusan saya menasihatkan pemain agar kekal merendah diri.

"Saya percaya momentum pasukan akan menjadi kuat amat penting lebuh-lebih lagi dalam E-Sukan, kami ingin membawa momentum itu untuk membantun kami melakar kemenangan.

"Perlawanan besar akan memberi penggalak kepada pasukan serta pada masa yang sama saya tidak mahu mereka terlalu yakin, dan mengikuti rutin harian dan merendah diri dengan membawa momentum kemenangan." katanya kepada Nadi Arena.