MPLMY hari ini memaklumkan bahawa salah satu pasukan dalam liga salah satu pasukan dalam MPLMY S13, iaitu Bountee Esports, sedang disiasat atas dua dakwaan.
Dakwaan pertama ialah percubaan penipuan dalam permainan oleh seorang bekas pemain dan yang kedua pula bertingkah laku agresif dan konflik dalaman pasukan.
"Pada ketika ini, kami di pihak liga sedang melakukan penyiasatan menyeluruh terhadap isu-isu tersebut dan akan mengumumkan hasil penyiasatan setelah penyiasatan selesai.
"Sebagai liga sukan elektronik yang paling lama di Malaysia, sifat profesionalisme dan semangat kesukanan terangkum dalam MPL Malaysia.
"Kami memohon semua pihak untuk menghindari daripada mengeluarkan komen yang tidak sensitif atau spekulatif, untuk menjaga sikap hormat-menghormati terhadap pelbagai komuniti di Malaysia, seiring semangat Hari Raya Aidilfitri," kata MPLMY dalam satu kenyataan yang dikeluarkan sebentar tadi.
Muzaffar Musa
Sat Apr 13 2024